Tiba-tiba, teringin laa plak nak buat cheese cake.
Tapi yang peliknya, teringin nak buat oreo cheese cake!
Dah 2-3 hari dok rasa nak buat oreo cheese cake ni.. uhumm.
Lagi pun, nak buat cheese cake nih pun sangat laa senang.
Tengok bahan, sume ada kat dapur tu.. So, apelagikk.. godek n buatlah.
Ohooo, petang Ahad jadi petang baking untuk saya.. hoho.
Tadaaa, ini rupa oreo cheese cake itu sesudah kuar dari oven.. uhumm.
Kali ini saya ikut nasihat editor majalah masakan itu, kekalkan ropa oreos supaya tekstur nampak menarek di dalam kek. Humm, persoalannya..menarekkah begini?? Haha ;P
Okeh, ini rupanya bila dah dipotong. Macam ropa marble cake pn ada kan. Hehe. Bila dah potong, masukkan kembali dalam peti sejuk. Esok pagi, leh bawak ke ofis makan bersama geng2.
Opps, korang nak tau ke camne cara nak buat oreo cheese cake yg senang dibuat n nyummeh dimakan ni???
Jom kita lihat kekdah untuk membuat seketul kek ni.
Bahan2 :
12 keping biskut oreo (dihancurkan kasar2)
500 gm krim keju (cheese cream)
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur ayam
700 ml susu segar
200 gm gula kastor
200 gm whiping cream
Cara2nya:
1. Susunkan biskut oreo yang telah dihancurkan di dalam loyang pembakar.
2. Pukul krim keju sehingga halus n gebu.
3. Masukkan esen vanila, gula, telur, susu segar n whiping cream.
5. Pukul sehingga sebati.
6. Tuangkan campuran cheese cream ke atas biskut oreo tadi (tuang perlahan2 n sedikit2 gunakan senduk, baru hasilnya cantek. Kalo tuang terus dari mangkuk adunan n ganas2 cam saya; hasilnya akan jadi seperti kek saya dalam gambar di atas. Hahahaha. Tapi, terpulang laa nak tekstur camne..hee)
7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak (depends on oven masing).
8. Bila masak, sejukkan seketika. Masukkan dalam peti ais untuk rasa lagi nyummeh sebelum dipotong.
Komen saya:
Humm, saya sangat menyukai cheese cake. Tapi say suka cheese cake asli berbanding oreo cheese cake ni. For varities of cheese cake, bolehleh buat oreo style ni sekali sekala. Err, lagi satu my tips ialah kalo tak suka manis mcm saya ni..bolehlah dikurangkan sedikit gula dalam resepi di atas kerana whiping cream n biskut oreo tu sendiri sudah sedia manis.
So.. kengkawan sume. Selamat mencuba resepi mudah lagi ringkas tapi sedap ni. Nyum..nyumm.





3 bubble[s] for me. Give me more, hee:
febret!!!!
blh try ni.. =)
cubalah... senang dibuat, sedap dimakan, nyummeh!
yg paling best, hari ni kengkawan kt ofis sume puji best. Yang lagi lagi best, dah siap dapat 2 tempahan okeh,,,,
Catat Ulasan
Ada nak komen?