Apa Dato' Dr Fadzillah kata tentang diri saya???

Salam semua n holla back to my lovely blog (humm, miss my blog very much...)

Nampak tak gambar di atas??? Kalo nak tau itu orang ialah Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, pakar kaunseling n motivator Malaysia yang tidak asing lagi. Syukur kerana saya terpilih untuk jadi peserta (many thanx to my boss for choosing me..uhumm)..actually ini kali ke-2 saya jadi peserta sesi ceramah bersama beliau. Kali pertama dulu, masa saya masih budak Matrikulasi..heee.

Kalo dulu saya sebagai seorang budak sekolah, skang sebagai seorang pegawai di agensi kerajaan. Pendekatan beliau mmg lain, tp ada benda yg dulu saya dengar masih ditekankan oleh Dr. atau beliau suka membahasakan dirinya PAKCIK..hahaha :D. Sempoiii okeh....ai like!

Sungguh seronok sesi pagi itu sebab beliau mengajar kita cara mengenali diri n ajar perkara yg very basic in our daily life (pretty sure mesti tak diajar kat tempat lain, hehe...so lucky kan??)

Macam mana nak kenal karakter orang??? Macam mana nak kenal diri kita??? Humm, yg pertamanya berdasarkan tarikh lahir, keduanya berdasarkan tapak tangan n jari, ketiganya kedudukan tahi lalat kita, yg keempatnya daripada tulisan / tandatangan kita.

Nak tau apa kata Dr.Fadzilah Kamsah tentang saya berdasarkan kajian 35 tahunnya itu??
1. Saya lahir 11 Julai - Saya seorang yang lembut hati n tenang
2. Garis tapak tangan - Saya tergolong orang2 yg luar biasa n sifatnya banyak membantu / menolong orang
3. Kedudukan jari - Saya seorang yang pandai berjimat & pemurah
4. Kedudukan tahi lalat - Saya seorang yang banyak menolong ibu bapa & keluarga

Apa kata saya??? Hummm, mestilah kagum sebab Dr. yg tak pernah kenal saya boleh membuat penilaian sebenar tentang my innerself. Mostly apa yg ditafsirkannyya adalah benar...owh, terharu plak rasanya bila ada somebody yang leh tau karakter sebenar kita...hee.

Kesimpulannya?? Sebenarnya, setiap orang ada ciri2 yang jelas pada fizikal masing-masing ... n itu sebenarnya menggambarkan dalaman orang tersebut. Maha Kuasa Allah kerana telah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian..Alhamdulillah..
Ada sesapa nak tau rahsia diri korang?? Humm,, len laa saya share apa yg saya dah belajar tuh. seronok tau!!!

So, lepas ni apa transformasi yg kita perlu buat n amalkan?? Let me share okeh :
1. Sentiasa doa & solat
2. Memaafkan semua orang setiap kali sebelum tido
3. Tido hendaklah mengiring ke kanan
4. Senyum (10 saat) n doa bila bangun dari tido
5. Buang air kecil dengan betul (lelaki tak boleh kencing berdiri okeh..!)
6. Buang air besar dengan sempurna
7. Sarapan dengan pisang / buah (sangat bagus utk perut yang kosong..)
8. Makan buah sebelum makan nasi
9. Masuk rumah baca Bismillah (3x), bagi salam n langkah masuk dengan kaki kanan
10. Segala yang baik lakukan di kanan (contohnya pakai jam tangan di sebelah kanan)

Ok, itu jer yg saya nak share n kekalkan dalam blog saya ni. Boleh laa rujuk in d future...!
Hope these will benefit u guys... cos sharing is caring rite???

Till then, chow... n adios. Gudnite.... Semoga tido kita aman malam ni.

P/S : Bila Incik Mat (kaunselor di ofis saya) yang dok sebelah saya dalam dewan dengar apa yg Dr. kata tentang saya, komen Incik Mat ialah saya ni seorang yg ideal..beruntung sape yg dapat! Hehehe, saya gelak ajer. Hummm, sebenarnya Incik Mat bukan orang yang pertama cakap begitu.........tapi, entahlah...kadang saya ada terfikir, adakah kebaikan hati saya dihargai??? Oppsss ila, mesti sentiasa bersangka baik n optimis ok. Chaiyok!! Heee

0 bubble[s] for me. Give me more, hee:

Catat Ulasan

Ada nak komen?